Tips MBB: Mengenai apa itu “lemak visceral” atau lemak tepu.

Tips MBB: Mengenai apa itu “lemak visceral” atau lemak tepu.
Lemak visceral ialah lemak yang mengelilingi organ dalaman, seperti hati, pankreas, dan usus, dan terletak di bahagaian rongga abdomen. Dia berbeza dengan subcutaneous fat, ini tak perlu risau.
Untuk ukur jumlah dan komposisi lemak visceral, kita guna skala “bioelectrical impedance” atau imbasan DEXA (paling tepat). Untuk khidmat ini boleh dibuat di MBB Diet Centre yer.
Tahap lemak visceral dinilai pada skala 1 hingga 59. Secara umum:
* 1-9: Lemak visceral rendah
* 10-14: Lemak visceral sederhana
* 15+: Lemak visceral tinggi
Tapi perlu faham kita nie orang Asia tenggara. Kita berlainan dengan orang eropah atau dari benua lain. Tak perlu tinggi pon paras lemak visceral nie dah cukup untuk trigger pelbagai jenis keradangan pada tubuh. Berikut adalah penjelasan mengenai akibat yang dikaitkan dengan setiap tahap penting lemak visceral. Paras lemak visceral anda mungkin si paras sederhana atau sedikit tinggi, tetapi risiko kesihatan telah mingkat lebih dalam populasi ini. Berikut adalah garis panduan:
Tahap Lemak Visceral yang Perlu Diwaspadai oleh Orang Asia tenggara:
1. Tahap Lemak Visceral 10-14 (Sederhana)
* Tahap Waspada: Mulakan berwaspada pada julat ini.
* Sebab: Pada tahap ini, risiko kesihatan mula meningkat, termasuk kemungkinan rintangan insulin, sindrom metabolik, dan masalah kardiovaskular yang lebih tinggi. Orang Asia mungkin mengalami risiko ini walaupun pada hujung bawah julat ini.
2. Tahap Lemak Visceral 15+ (Tinggi)
* Tahap Waspada: Ini dianggap sebagai julat berisiko tinggi.
* Sebab: Pada tahap ini, risiko masalah kesihatan yang serius seperti diabetes jenis 2, penyakit kardiovaskular, dan penyakit hati berlemak meningkat dengan ketara. Orang Asia harus berhati-hati, kerana kesan kesihatan boleh menjadi lebih teruk walaupun pada tahap ini.
Apa yang Perlu Dilakukan:
* Pemantauan Berkala: Jika tahap lemak visceral 10 ke atas. Kita harus memantau lemak visceral secara berkala. Pastikan amal HAWFI dan MBB serta ubah gaya hidup yang lebih aktif.
* Rujukan Perubatan dan pemakanan: Jika tahap lemak visceral mencapai 15 atau lebih, boleh dapatkan khidmat penjagaan pemakanan dan khidmat nasihat dari doktor di MBB Diet Centre untuk melaksanakan strategi mengurangkan lemak visceral dan mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan.
* Seperti biasa follow jer formula MBB ini yer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *