Testimonial MBB kali ini adalah berkenaan isu menuju kesembuhan dalam MBB. Ramai yang nak kesembuhan total dalam masa yang sangat singkat sebab menganggap isu GGA ini umpama sakit demam atau keracunan makanan. Hinggakan walau ada perubahan postitif yang sedikit terus dianggap sebagai bukan penyembuhan. Terus cari cara lain yang akhirnya menyebabkan dia berpusing pusing ditempat yang sama.
Bila badan terlalu lama sakit, orang yang kita harap tak boleh bagi jawapan jelas kenapa jadi macam ni, hidup wajib nampak macam takder harapan dah. Itu yang ramai duk mencari “ubat” ajaib dengan harapan masalah GGA ini akan selesai terus. Percayalah cakap saya ubat ajaib ini tak wujud yer. Dalam MBB kita hanya target untuk pulih sedikit demi sedikit hari demi hari. Ini adalah signal yang maklumkan otak yang tubuh mula kembali stabil. GGA bukan macam sakit demam atau keracunan makanan taw. Ianya berpunca dari stress kronik yang menyebabkan disfungsi hippocampus. Symptom GGA adalah adaptasi tubuh terhadap isu ini.
Tanda pertama badan sedang pulih ialah bila kita mula dapat semula fungsi hidup kita sedikit demi sedikit DAN INI YANG RAMAI TAK PUAS HATI KERANA MENGHARAPKAN SEMBUH TOTAL DALAM MASA YANG SANGAT SINGKAT. Jika kita dah dapat selera makan, tak sembelit, dan boleh tidur semula selepas amal HAWFI dan MBB itu pon kita perlu bersyukur yang amat dah walaupon ada 1001 symptom lagi belum selesai. Jangan sesekali putus asa dengan badan sendiri. Kembali sihat itu bukan terus hilang semua simptom, tapi bila kita sudah mula mampu bekerja, bergerak, dan meneruskan hidup semula. Fikir positif. Ujian Allah SWT itu ada hikmah-Nya.





