“Kesian anak-anak saya, saya seolah olah hilang beberapa bulan” Update MBB kali ini adalah dari Puan Farhana yang sebelum ini seorang yang “happy go lucky” bertukar menjadi seorang kerap sedih, hiba dan nak menangis tanpa sebab yang jelas terutama di waktu petang. Isu ini menyebabkan anak anak terabai beberapa bulan. Pasti family MBB pernah melalui fasa ini, jom saya jelaskan kenapa pekara ini terjadi dan bagaimana “formula MBB” membantu beliau hingga mampu bermain dengan anak anak semula.
Kenapa GGA mampu meneybabkan seorang yang sebelum ini aktif dan ceria boleh tiba-tiba jadi mudah sedih, gelisah atau menangis tanpa sebab? Paling mudah untuk faham isu ini, bayangkan otak kita terbahagi kepada 2. Otak atas dan otak bawah.
Otak atas atau Prefrontal cortex, bantu kita berfikir dengan tenang dan membuat keputusan rasional. Otak bawah pula atau Amygdala sangat peka terhadap stress atau apa apa sahaja yang dianggap sebagai bahaya. Bila tubuh kita berada dalam keadaan relax, kita lebih mudah menggunakan “otak atas”. Sebab itu bila ada masalah, “Tak apa… benda ni boleh settle.” Tetapi bila tubuh terlalu lama berada dalam stress akibat GGA, otak bawah mula menjadi lebih dominan. Ini menyebabkan isu kecil terasa sangat besar, anak bising sikit pon dah nak marah. Inilah yang berlaku pada Puan Farhana, daripada seorang yang “happy go lucky” menjadi seorang yang negatif akibat stress kronik menyebabkan “otak bawah” dah “take over”.
“Kenapa isu ini kerap trigger waktu petang? adakah gangguan setan?” Owh tak ini disebabkan oleh penurunan paras kortisol. Saya jelaskan ya.
Bila masuk petang, paras cortisol secara semula jadi akan menurun. Ini mempengaruhi paras gula dalam darah. Apabila paras gula menurun, hormon adrenaline akan meningkat untuk membantu menaikkan semula paras gula. Untuk Individu normal hanya terasa sebagai lapar atau sedikit lemah. Tetapi bagi mereka yang terkesan dengan GGA, ianya mampu mencetuskan simptom seperti berdebar, gelisah, menggigil, berangin, anxiety atau menangis tanpa sebab yang jelas.
“Jadi macam mana nak selesaikan masalah ini?”
Dalam formula MBB, kita tak memaksa Puan Farhana untuk “jangan fikir negatif” kerana ianya adalah mustahil bila “otak bawah” dah “take over”. Kita perlu tenangkan tubuh dahulu. Itu yang kita amal HAWFI, belajar MBB dan ikut fasa formula MBB untuk meningkatkan semula toleransi tubuh terhadap stress secara berperingkat. Untuk makluman proses ini memerlukan masa seperti yang diceritakan oleh puan Farhana:
Mula-mula dia perasan “eh makin senang tidur” dan tiada lagi isu mudah terbangun dengan dada berdebar seperti dahulu. Masuk jer minggu 2, hilang rasa sayu hati, sedih, hiba dan nak menangis tanpa sebab tu. Kalau dulu petang mulalah kaki nak mengigil, sekarang alhamdullillah takder dah. Boleh main dengan anak anak. Memang diakui banyak sangat-sangat perubahan baik selepas HAWFI dan MBB selama sebulan.
Perlu faham, matlamat MBB bukan “Macam mana nak hilangkan anxiety hari ini?” Tetapi bagaimana kita nak bantu tubuh keluar daripada stress kronik yang menyebabkan kita tak mampu menggunakan “otak atas”. Hanya apabila:
Tubuh semakin tenang → otak atas semakin mudah berfungsi → pemikiran semakin rasional → emosi semakin stabil → tiada lagi perasaan negatif.
Hasilnya dulu Puan Rohana“Kesian anak-anak saya… saya hilang beberapa bulan,” kini “Sekarang petang-petang saya dah boleh teman mereka main semula. Saya rasa macam diri saya yang dulu kembali.”
Follow jer formula MBB ini. InsyaAllah takder dah nak sesedih dan trigger waktu petang. Boleh main dengan anak anak semula yer










