SAYUR TAK BERGUNA? SERAT TAK PENTING?
Itu dakwaan yang sedang berlegar sekarang di tik tok. Katanya sayur ada antinutrient menyebabkan zat makanan susah diserap. Serat pula kononnya tak penting untuk manusia.
Kalau betul begitu, kita kena tanya:
Adakah kewujudan antinutrient cukup untuk membatalkan seluruh khasiat sayur? Kalau antinutrient seperti “oxalate” ganggu penyerapan calcium… adakah manafaat serat, vitamin, mineral dan phytochemical lain pada sayur tersebut terus hilang? Dan jika manusia boleh hidup tanpa serat, adakah itu bermaksud serat tak penting?
Kalau kita ikut logik ini kan…
Bukankah Manusia juga boleh hidup tanpa senaman, jadi senaman pun tak penting?
Kita akan bersama sama bedah hujah ini sampai habis. Bukan dengan pendapat syok sendiri. Kita akan menggunakan fisiologi manusia, bukti klinikal dan kesan sebenar pengambilan sayur yang mengandungi antinutrient terhadap kesihatan.
Lembu makan rumput badan berotot. Manusia boleh tak buat macam tue?

