Assalamualaikum Family MBB. Sempena Maal Hijrah kali ini izinkan saya berceloteh sedikit. Apa yang kita bawa bukan Mainstream. Kita rebel, tapi kita rebel dengan ILMU (pemahaman total) dan bukan membabi buta mengikut doktrin yang tidak berasas. Saya berikan contoh kolesterol tinggi menyebabkan masalah jantung yang mana ianya salah sama sekali.
Saya bukan bawa produk atau servis semata mata. MBB jika dibogelkan hanyalah satu kenderaan yang bawa Idea.
Idea bahawa perlunya PENGHIJRAHAN paradigma akan cara kita lihat apa itu sebenarnya “penjagaan kesihatan sebenar selepas rawatan hospital”
Idea yang mana maklumat perubatan yang rumit mampu difahami oleh pelbagai lapis masyarakat jika kena cara penyampaiannya. Ini adalah usaha kita untuk memerdekakan diri dari monopoli BIG PHARMA yang mana asas perniagaan mereka adalah keuntungan wang ringgit.
Ya betul MBB ini masih bayi, tapi dengan sokongan padu keluarga MBB tidak mustahil yang ianya akan jadi GERGASI. Gergasi yang akan HIJRAH bidang perubatan itu sendiri dari “profit base” (asas keuntungan) kepada “human centric” (fokus kepada kesihatan manusia total)
SALAM MAAL HIJRAH.
Dietect Azwan Zainal I MBB Diet Centre KLCC.
GGA Nak mula bersenam tapi tak tahu bila dan macam mana nak mula? : https://youtu.be/iVUinYEfyYs?si=sJ7Kbe7J-iXRzFoB


